selamat berjaya muridku

semalam hari Jumaat.
anak-anak aku yang seramai 30 orang telah kembali berkurang seperti pada awal tahun iaitu 28 orang..2 orang pastinya akan tiada pada minggu depan.

seorang ni, aku kurang sedar kewujudannya.mungkin masa math dia selalu di kelas pemulihan, so aku tak perasan.lagipun bila check register murid ni selalu tak hadir sekolah.

bila di CSI alasan nak bertukar adalah sbb kena marah dgn cikgu pemulihan dia.
(a'a' tak tahu!sape nama kak lin sila jengket kaki anda..hehe)

kesian si ibu.merah matanya sewaktu datang ambil fail peribadi anak dia.menahan sedih dengan kerenah anak yang amat degil.sudah diheret ayahnya ke pintu pagar sekolah tapi dia keraskan badan tak mau masuk.ibunya seperti mengadu pada aku...pagi sebelum tu,dah rotan masa dia baring kat katil sbb x mau bangun.dia keraskan badan juga.tak heran dah dgn rotan.menangis pon tidak.ni dah kategori makan dalam.terfikir gak aku macamana la agaknya mak dia mandikan.simbah air kat katil ke?siram kat bilik air dgn baju tidur ke?arghh mungkin jg x mandi agaknya...:0

tapi walau apepun aku doakan ibunya akan tabah sentiasa dgn dia.

yang lagi seorang pastinya akan dirindui.
dia bertukar atas sbb keluarganya berpindah rumah.
beliau bagi aku,seorang yang berdedikasi dan penuh senyuman.
untuk dia, aku buatkan suasana perpisahan bersama kawan-kawan pada hari terakhirnya di kelas.tiada jamuan.tiada minuman.tetapi aku minta kerjasama kawan-kawan sekelas buatkan bulatan, dia di tengah-tengah.lalu seorang demi seorang bersalam dan berpeluk(sama jantina sahaja) dan mereka bebas mengucapkan kata-kata mereka sendiri.

rata-ratanya meminta maaf atas sbb kesalahan yang tidak disengajakan.apa yang dapat aku dengar masing-masing merujuk kepada selisih faham pada waktu pj..berebut bola,tersepak,terlanggar dan sebagainya...takde kes tak patut pun.

dan,tiga daripada mereka menitiskan air mata.tak sangka?
iye sungguh aku x tersangka.

kebetulan masa math adalah yg terakhir,aku perhatikan antara mereka sempat bertukar-tukar pensel, menghadiahkan pemadam dan sharpener malah memberikan lukisan. how sweet..

manusia tetap manusia..wp mereka murid tahun 2.
apatah lagi murid aku kelas cerdik paling belakang..